Saturday, May 9, 2009



KBM



Keindahan Bersama Mu (KBM) merupakan program pembangunan insan yang disesuaikan dalam pengendalian program KRJ SeMalaysia berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih sayang. Masyarakat kini semakin dahagakan kasih sayang. Perasaan kasihsayang semakin hari semakin pupus kerana suasana kehidupan kini yang semakin mencabar. Apabila perasaan kasih sayang dihidupkan dan disuburkan kembali di dalam diri, insyaallah banyak masalah yang boleh diselesaikan.


Satu pengembaraan spiritual dan emosional akan dialami oleh para peserta sehingga terasa indahnya kasihsayang Allah, indahnya kasihsayang Rasulullah, indahnya kasihsayang Ibubapa/keluarga dan indahnya kasihsayang rakan sehingga tercetusnya rasa cinta dan kesedaran yang hakiki dari lubuk hati kecil untuk berubah dan menyerlah jauh dari yang biasa.


Insyaallah...

Kelab Remaja JIM Kedah...





Assalamualaikum wa rahmatullah...
Salam ceria, salam mesra dan salam perkenalan...
KRJ adalah singkatan kepada Kelab Remaja JIM. Kelab Remaja Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (KRJ) ditubuhkan pada tahun 1993. Terdapat cawangan disemua negeri yang diketuai oleh Pengarah KRJ negeri. Aktiviti KRJ mengutamakan pembentukan remaja Islam yang bertaqwa dan berwawasan.


pertama kalinya...

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.